awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Surat aku janji gugur kes mahkamah pemimpin UMNO palsu' - Shamsul Anuar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/11/2022
13:41 MYT
PRU15: 'Surat aku janji gugur kes mahkamah pemimpin UMNO palsu' - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata surat aku janji kononnya ditandatangani beliau sebagai calon BN yang tersebar itu adalah palsu dan tidak benar. - Gambar/ FB Shamsul Anuar Nasarah
LENGGONG: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan menandatangani 'surat aku janji' seperti yang tersebar dalam media sosial pada Rabu.
Menerusi hantaran di Facebook beliau, Shamsul Anuar berkata surat aku janji kononnya ditandatangani beliau sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) yang tersebar itu adalah palsu dan tidak benar.
Antara lain, kandungan surat itu mensyaratkan calon memberi jawatan kabinet utama kepada wakil BN dan UMNO yang diarahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Selain itu, calon juga perlu bersetuju menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan UMNO dan BN
"Tiada sebarang aku janji sebegini dilakukan.
"Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika musim PRU15 ini.
"Mohon rakyat Malaysia yang mendapat aku janji palsu ini tidak terpengaruh dengannya.
"Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau Rabu malam.
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Shamsul Anuar sebelum ini diumumkan sebagai calon BN di Parlimen Lenggong pada PRU15.
Pada Rabu, tular sepucuk surat, mendakwa ia merupakan 'surat aku janji' buat semua calon daripada UMNO yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.
Antara inti pati surat tersebut termasuk:
  • Memberikan jawatan Kabinet yang utama kepada wakil UMNO dan BN seperti yang diarahkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.
  • Memberikan jawatan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada wakil UMNO dan BN seperti yang diarahkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.
  • Menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan UMNO dan BN, hendaklah diselesaikan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU15.
  • Menggugurkan semua siasatan yang melibatkan kepimpinan UMNO dan BN.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Surat Aku Janji
#gugur kes mahkamah
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan