awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Takiyuddin beri bayangan Annuar bertanding atas tiket PN

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
01/11/2022
16:51 MYT
PRU15: Takiyuddin beri bayangan Annuar bertanding atas tiket PN
Takiyuddin memberi bayangan PN mungkin menawarkan Annuar bertanding di kerusi Parlimen Ketereh atas tiket PN. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ketiadaan nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi sudah dijangka.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebagai seorang rakan seperjuangan yang mewujudkan Muafakat Nasional (MN), beliau bersimpati apabila Annuar tidak disenaraikan.
Takiyuddin turut memberi bayangan PN mungkin menawarkan Annuar bertanding di kerusi berkenaan atas tiket PN.
Takiyuddin berkata, akan ada kejutan pada pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan Rabu malam.
"Tunggu kejutan malam esok (Rabu), siapa di atas pentas nanti.
"Saya simpati pada Tan Sri Annuar, sebagai rakan seperjuangan dan sama sama sebagai Setiausaha Pas dan BN, Annuar merupakan seorang tokoh politik yang disegani dan mempunyai pengetahuan luas.
"Namun pucuk pimpinan UMNO sudah membuat keputusan mengenepikan seorang tokoh politik yang berwibawa.
"Annuar seorang menteri senior dan banyak pengalaman" katanya ketika ditemui pada program perasmian bilik gerakan Dewan Himpunan Pendokong Pas DHPP di sini, Selasa malam.
Annuar pada sidang medianya pagi tadi turut memberikan gambaran bahawa beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat Ketereh dan negara.
BACA: PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Annuar Musa
#Takiyuddin Hassan
#calon PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan