POLITICS

PRU15: Takiyuddin pertahan kerusi Parlimen Kota Bharu

Sinar Harian 31/10/2022 | 04:00 MYT
Perkara itu disahkannya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Tenaga Hijau Korporat. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkannya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Tenaga Hijau Korporat, di Suruhanjaya Tenaga, dekat sini pada Isnin.

"Nampaknya begitu (kekal di Kota Bharu)," katanya. -Sinar Harian











#Takiyuddin Hassan #PRU15 #kerusi Parlimen Kota Bharu #Setiausaha Agung Pas