awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tawaran manifesto BN berasas, tidak timbul soal siapa tiru siapa - Mahdzir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
14/11/2022
06:54 MYT
PRU15: Tawaran manifesto BN berasas, tidak timbul soal siapa tiru siapa - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) bersalaman dengan seorang penduduk Felcra Kubang Kenyeng di Padang Terap, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
PADANG TERAP: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, mana-mana pihak terutama parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak perlu mengklasifikasikan tawaran yang dinyatakan dalam manistesto masing-masing sebagai hak mutlak mereka.
Menurut beliau, perkara yang lebih penting adalah bagaimana tawaran atau janji yang dikemukakan itu nampu memberi manfaat kepada rakyat.
Sehubungan itu, tegas Mahdzir, dakwaan yang ditimbulkan kononnya manifesto Barisan Nasional (BN) meniru parti lain tidak perlu ditimbulkan memandangkan apa yang ditawarkan mempunyai asas kukuh dan bersandar pada realiti semasa.
"Kemudian ada pula yang dakwa kata, (manifesto) yang ini kita punya (dan tanya) kenapa Barisan Nasional letakkan dalam dia punya new deal ataupun tawaran kepada rakyat,
"Sebenarnya soal tawaran kepada rakyat, yang pentingnya bukan nak bergaduh pasal manifesto, yang kita nak adalah manfaat yang rakyat boleh dapat berasaskan kepada realiti dan praktikal, itulah yang kita nak, tidak perlulah nak dakwa ini saya punya itu awak punya jadi sebab yang penting kita nak tolong rakyat,
"Ini bukan soal nak jadi popular, tetapi apa yang praktikal dan boleh dilaksanakan untuk membantu rakyat, rakyat dah tengok yang itu," kata beliau lagi.
Mahdzir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong-Royong bersama Komuniti Kubang Kenyeng, di sini, pada Isnin.
Semalam, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa, BN meniru manifesto parti berkenaan berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.
Hamzah mendakwa, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memasukkan isu ini dalam manifesto BN ketika menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
Topic Berkaitan
#PRU15
#manifesto BN
#manifesto PN
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan