[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITICS

PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya

Astro Awani 27/10/2022 | 05:05 MYT
Menurut Charles, beliau yakin Ganabatirau mempunyai impian yang sama untuk kawasan itu dan untuk pengundinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyeru penyokongnya terus memberi sokongan dan mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Dalam satu kenyataan, Charles berharap penyokongnya memberi sokongan kepada V Ganabatirau yang diumumkan DAP sebagai calon PH untuk Parlimen Klang.
BACA: PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang
Menurut Charles, beliau yakin Ganabatirau mempunyai impian yang sama untuk kawasan itu dan untuk pengundinya.
“Saya pasti pengganti saya berkongsi impian yang sama untuk negara kita ini. Dan sama seperti saya, dia juga memerlukan sokongan anda.
“Saya tahu ramai kalangan anda kecewa kerana saya tidak bertanding lagi tetapi saya tahu kita lebih baik daripada itu.
“Kita berada pada saat yang genting, di mana setiap undi kita dikira. Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon agar anda mengundi Pakatan Harapan (PH).
“Saya harapkan yang terbaik kepada Ganabatirau Veraman ketika dia berkempen untuk sokongan anda," katanya menerusi akaun Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
DAP mengumumkan Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning menggantikan Charles sebagai calon di Parlimen Klang pada PRU15 nanti.
Sebelum ini, beberapa pihak di Klang mendesak agar DAP terus mencalonkan Charles untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
Charles memenangi kerusi Parlimen Klang sejak 2008 dan meraih peningkatan majoriti dalam tiga pilihan raya umum lalu.
#PRU15 #Charles Santiago #V Ganabatirau #Parlimen Klang