awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2022
22:03 MYT
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Tun Mahathir (kanan) pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan GTA Negeri Sembilan Bersama Negarawan pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: "Saya akan jumpa dia, kalau saya dapat jumpa dia". Itu reaksi Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya berkenaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dinamakan GTA Negeri Sembilan sebagai calon Parlimen Rembau.
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
"Saya memang ada jumpa dia. Tapi waktu ini memang belum ada jumpa lagi.
"Jadi saya kena berjumpa dengan dia dululah sebelum 2 November ini (calon GTA diumumkan). Kita pun belum putuskan apa-apa lagi dan ada masa sehingga 2 November ini untuk menentukannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan GTA Negeri Sembilan Bersama Negarawan pada Sabtu.
Ditanya adakah Abdul Hamid calon paling sesuai mewakili GTA bertanding dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Parlimen Rembau, beliau berkata, GTA mahu meletakkan calon paling terbaik.
Ujarnya, ramai yang berminat dan bersedia menjadi calon mewakili GTA, namun pihaknya perlu mempertimbangkan kualiti mereka terlebih dahulu terutama bagi memastikan tidak terlibat dengan jenayah dan bersih.
PRU15 | Keputusan letak Hamid Bador di Rembau akan diputuskan
Sementara itu Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan bekas ketua polis negara itu akan menjadi 'giant killer' sekiranya bersetuju untuk bertanding di Parlimen Rembau.
"Kita tahu yang Tan Sri Hamid seorang yang sangat profesional dan kewibawaan beliau tidak boleh di sangkal.
"Hubungan ayahanda (Tun Mahathir) dan dia pun sangat rapat. Jadi memang pun kita sudah minta supaya Tun bercakap dengan beliau," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Abdul Hamid Bador
#calon Parlimen Rembau
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan