POLITICS

PRU15: Vote Malaysia tuntut SPR percepat penghantaran undi pos

Faida Rahim 14/11/2022 | 00:30 MYT
Gabungan Vote Malaysia meluahkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima beberapa rungutan pengundi luar negara. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gabungan Vote Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima beberapa rungutan pengundi di luar negara.

Susulan pengumuman penghantaran kertas undi pos, semua undi pos sepatutnya dihantar kepada pengundi pada 7 November 2022.

Dalam kenyataan dikeluarkan Vote Malaysia, tinjauan Jom Undi PRU15 mencatatkan 96.70 peratus daripada 339 pengundi pos masih belum menerima undi pos mereka pada tarikh 12 November 2022.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malah sebuah cabang undi Malaysia di Taiwan melaporkan pengundi pos telah menghubungi DHL Taiwan namun diberitahu bahawa undi belum dihantar ke DHL Malaysia.

Pada masa sama, media tempatan juga melaporkan bahawa seorang pengundi di Arab Saudi berjaya menjejaki penghantaran undinya di Fedex dan mendapati akan dihantar pada 19 November 2022, iaitu hari pilihan raya itu sendiri.

Sementara itu, Vote Malaysia menuntut SPR mempercepatkan proses pengeluaran undi pos agar pengundi luar negara mempunyai masa menghantar balik undi pos kepada SPR sebelum jam 5 petang pada hari PRU nanti.






#Suruhanjaya Pilihan Raya #Vote Malaysia #PRU15 #pengundi pos