KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang boleh menggugat kestabilan kerajaan kini yang telah berkhidmat dengan baik untuk rakyat.
Beliau berkata PRU15 penting bagi mendapatkan mandat baharu bagi membentuk sebuah kerajaan yang mantap, kukuh dan stabil untuk menjalankan pelbagai program pembangunan serta membangunkan ekonomi untuk rakyat.
"Kita melihat bahawa pilihan raya ini bukan atas kehendak UMNO untuk membentuk kerajaan semata-mata tetapi kita melihat perkembangan ekonomi negara, kita mahu pelabur datang dan ada keyakinan di negara ini dengan kerajaan yang kukuh dan stabil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Media Bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah di sini.
Semalam, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan MoU antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang berakhir 31 Julai ini tidak diteruskan lagi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akur dengan keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Bung Moktar berkata langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang boleh menggugat kestabilan kerajaan kini yang telah berkhidmat dengan baik untuk rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.