GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang tetap dengan perancangan awal seperti sebelum ini iaitu akan membubarkan DUN pada minggu terakhir bulan depan.
"Seperti yang ditetapkan oleh keenam-enam negeri, ada persetujuan untuk membubarkan DUN dalam lingkungan dua minggu terakhir bulan Jun ini. Jadi daripada kenyataan-kenyataan yang kita baca, setiap negeri ada pertimbangan masing-masing sebab ada acara kerajaan dan sebagainya.
"Namun di Pulau Pinang, kita akan 'stick to the original plan' iaitu kedua minggu yang terakhir bulan Jun, sama ada minggu yang ketiga atau keempat. Itu adalah kepastian," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar di sini pada Jumaat.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini juga berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar.
Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, susulan daripada keadaan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di kawasan Seberang Perai, kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah mengadakan mesyuarat bagi mencari inisiatif penyuraian trafik di kawasan tersebut.
Menurutnya, susulan daripada itu, NCIA sekali lagi telah memohon peruntukan di bawah Rolling Plan 4 fi bawah Rancangan Malaysia ke-12(RMK12) kepada Kerajaan Ekonomi untuk melaksanakan Kajian Penyuraian Trafik Seberang Perai demi kepentingan semua pihak.
"Sebagai maklum balas, permohonan pembentangan semula pelaksanaan kajian telah memperoleh pengesahan daripada Kementerian Ekonomi dan pembentangan adalah dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.
"Anggaran kos kajian adalah RM5 juta dan kajian akan mengambil masa enam bulan. Kajian bagaimanapun hanya boleh dilakukan selepas kelulusan diperolehi. Ia akan dibentangkan dalam bajet pada Oktober ini yang mana, ia merupakan bajet untuk tahun depan," katanya.
Kon Yeow berkata, adalah amat penting untuk melaksanakan penambahbaikan dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas kerana masalah tersebut kini di tahap genting kerana ia melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk di tiga negeri utara Semenanjung.
"Semua penambahbaikan hanya akan diketahui selepas kajian dibuat sama ada nak melebarkan jalan, lebuh raya bertingkat atau lain-lain, ini semua terpulang kepada kajian yang dibuat.
"Selepas kajian, ia akan disusuli dengan pelaksanaan. Kita berharap projek ini bakal memperoleh kelulusan untuk pelaksanaan menerusi Bajet 2024 kelak," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 19 2023

Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang tetap dengan perancangan awal seperti sebelum ini iaitu akan membubarkan DUN pada minggu terakhir bulan depan. - Gambar fail

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.
Mumia berusia 128 tahun disemadi penduduk
Mumia berusia 128 tahun dikenali sebagai 'Stoneman Willie' akhirnya disemadikan pada Isnin. Mumia itu sebelum ini diletakkan dan dipamer di sebuah rumah pengebumian di Reading, Pennsylvania.

Lelaki cedera dirempuh BMW dipandu lawan arus
Seorang lelaki cedera selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta mewah yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi Isnin.

Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.

Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas
Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar yang mengalami kerugian apabila banyak ikan ternakan mereka mati akibat fenomena air merah.

Reezal Merican jamin jadi 'backbenchers' berkesan kerajaan Pulau Pinang
"Sekarang negeri ini memerlukan backbencher yang kuat dan saya akan memainkan peranan itu dalam DUN."

Isu salah guna kad pengenalan semasa PRN: Polis P. Pinang buka 20 kertas siasatan
Keadaan itu menyebabkan 20 individu tidak dibenarkan mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu.

Suspek bakar isteri ditahan
Suspek yang membakar isterinya dengan petrol berjaya ditahan di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Tun Mahathir ramal PN menang PRN di lima negeri
Perikatan Nasional (PN) diramal akan menang mudah 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Polis tahan dua lelaki bersama dadah, bongkar makmal proses heroin
Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah dengan penahanan dua lelaki bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM135,250 dalam dua serbuan di negeri ini dan Kedah, semalam.

5 anggota polis Pulau Pinang direman kes minta rasuah
Empat anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah daripada seorang individu di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.

Pengetua dilepas, bebas daripada pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar
Mahkamah Tinggi Butterworth mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajarnya.