POLITIK
Puteri UMNO tegas 'survival' parti perlu evolusi
Nurul Amal turut menegaskan bahawa sebarang bentuk kerjasama politik tidak boleh mengorbankan prinsip, maruah dan identiti UMNO. - Foto UMNO
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, menegaskan bahawa kelangsungan UMNO hanya dapat dipastikan sekiranya parti itu berani berubah, berevolusi dan kembali memulihkan kepercayaan rakyat, khususnya golongan muda.
Ringkasan AI
Berucap pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2026, beliau menekankan bahawa Puteri UMNO bukan lagi sekadar pewaris perjuangan, sebaliknya pencorak masa depan parti dalam landskap politik yang semakin mencabar dan dinamik.
Menurutnya, kegagalan UMNO dalam beberapa pilihan raya sebelum ini perlu dijadikan iktibar serius, termasuk keperluan menilai semula pendekatan politik, strategi kerjasama serta keutamaan parti agar lebih sejajar dengan kehendak rakyat.
“Politik adalah persepsi dan persepsi membentuk realiti. 'Survival' UMNO harus bergerak melalui evolusi, bukan tradisi semata-mata,” tegasnya.
Dalam ucapannya, Nurul Amal turut menegaskan bahawa sebarang bentuk kerjasama politik tidak boleh mengorbankan prinsip, maruah dan identiti UMNO, sambil menekankan bahawa Puteri UMNO mahukan parti itu tampil sebagai rakan gabungan yang relevan, dihormati serta membawa nilai dan solusi kepada rakyat.
Beliau juga memberi tumpuan kepada isu wanita muda, termasuk diskriminasi di tempat kerja, ketidaksamaan gaji, gangguan seksual serta kekurangan mekanisme perlindungan yang berkesan, sambil menggesa kerajaan memperkukuh penguatkuasaan bagi menjamin keadilan dan keselamatan wanita.
Selain itu, beliau menekankan tanggungjawab kerajaan dalam memperkasa jenama tempatan dan menyokong usahawan muda, khususnya dalam kalangan generasi yang bergantung kepada pekerjaan fleksibel dan pendapatan sampingan bagi kelangsungan hidup.
Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, beliau mengingatkan parti agar tidak terlalu ghairah mengejar jumlah kerusi, sebaliknya menumpukan kepada strategi berfokus, pemilihan calon yang berwibawa serta pengurusan sumber yang bijaksana.
Dalam pada itu, Puteri UMNO sekali lagi menggesa agar cadangan menaikkan had umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun dipertimbangkan secara serius, bagi memastikan kesinambungan kepimpinan wanita muda dan mengelakkan kehilangan bakat yang telah dilatih parti.
Mengakhiri ucapan, Nurul Amal menegaskan bahawa “survival UMNO” bukan sekadar memastikan parti terus wujud, tetapi beradaptasi untuk kembali relevan, diyakini dan disokong rakyat demi menghadapi cabaran masa depan.
Ringkasan AI
- Kelangsungan UMNO perlu berubah, evolusi, dan mendapat semula kepercayaan rakyat, terutama golongan muda.
- Puteri UMNO perlu menjadi pemacu perubahan dan pencorak masa depan parti dalam landskap politik yang mencabar.
- Perlunya penilaian semula pendekatan politik, strategi kerjasama, dan keutamaan UMNO agar selari dengan kehendak rakyat demi kesinambungan parti.