Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat

Astro Awani
Mei 5, 2018 10:45 MYT
Dua veteran UMNO dipecat sementara seorang lagi digantung keahliannya kerana memberi sokongan kepada pakatan pembangkang. - Foto AstroAWANI
Dua tokoh negara, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin digugurkan keahliannya daripada UMNO berkuat kuasa semalam.
Sementara, Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, penyerahan surat pengguguran itu susulan sokongan pemimpin terbabit terhadap pembangkang selain mengeluarkan kenyataan menghentam parti.
Tegasnya, beliau terlebih dahulu menyelidik sebelum membuat keputusan dan menandatangani surat pengguguran keahlian dua veteran UMNO itu.
“Kita bukan bertindak berdasarkan 'hearsay' (cakap-cakap). Bila ada bukti yang kukuh contohnya gambar, baru kita keluarkan surat (pengguguran).
“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya.

BACA: 'Anai-anai sudah rosakkan tiang rumah' - Rafidah
"Sebagai veteran UMNO, mereka sendiri tahu. Mungkin memang mereka sendiri nak kita gugurkan mereka sebagai ahli. Apa yang menyedihkan saya, sewaktu mereka dalam parti kami semua menyokong mereka, sedangkan ketika itu mereka juga 'bermasalah',” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa veteran UMNO yang didakwa menghentam parti serta menyokong pembangkang dalam musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sosok dua bekas menteri itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin dilihat hadir pada kempen Pakatan Harapan di Melaka pada Jumaat malam.
Sementara itu, Tan Sri Dr Rais Yatim sering memuat naik status dan tulis pro Pakatan Harapan di laman media sosialnya.

Apa perlunya Pendaftar Pertubuhan buat sidang akhbar tntng penggantungan sementara PPBM di ambang PR14? Bukankah lebih baik panggil sja Setiausaha PPBM dan beri nasihat? Seksyen 14(5) tak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi. Terasa sangat sesuatu yg tak kena.

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) April 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apakah gelombang puluhan ribu rakyat seperti di Kuantan dn Putrajaya boleh diiktiraf sbg tahap sokongan tertinggi terhadap sebuah perjuangan? Tentu sekali begitu. Umno jgn takut, peluklah perubahan pic.twitter.com/OP8DiwnZoI

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) May 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dlm keadaan terkini dan lautan manusia sebegini dlm menentukan halatuju negarabangsa, apakah parti kita masih mahu pecat memecat anggotanya yg kritis? Lapangkn dada. Mari bersama bawa perubahan. pic.twitter.com/JGU7kRYUvh

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) May 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #pembangkang #pilihan raya #pilihan raya umum #Rafidah Aziz #Rais Yatim #Tengku Adnan Tengku Mansor #Tun Daim #UMNO