Skip to main content

Politik

Rafizi arah peguam saman Ramanan, gesa PM Anwar dirujuk ke jawatankuasa Parlimen

Rafizi (kiri) mengarahkan pasukan peguamnya memulakan tindakan saman terhadap Ramanan (kanan) berikutan kenyataan berunsur fitnah dalam sidang media. -Gambar fail
Rafizi (kiri) mengarahkan pasukan peguamnya memulakan tindakan saman terhadap Ramanan (kanan) berikutan kenyataan berunsur fitnah dalam sidang media. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan tindakan saman terhadap Datuk Seri R. Ramanan berikutan kenyataan berunsur fitnah dalam sidang media.
  • Rafizi mendakwa sidang media Ramanan mengesahkan beliau belum mengambil tindakan mahkamah terhadapnya berhubung dakwaan suapan RM9.5 juta.
  • Rafizi mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Pertikaian di antara Datuk Seri Rafizi Ramli dan Datuk Seri R. Ramanan memasuki episod baharu apabila pemimpin utama BERSAMA itu mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia berkenaan.

Tindakan itu menyusul sidang media Ramanan pada Khamis yang didakwa mengandungi pelbagai kenyataan berunsur fitnah, termasuk tuduhan mengaitkan Rafizi dengan rasuah.

Menurut Rafizi, video dan transkrip sidang media berkenaan sudah diserahkan kepada pasukan peguamnya untuk penelitian lanjut.

"Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan mereka berpendapat ada asas kukuh untuk memulakan tindakan saman terhadap R. Ramanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pertikaian itu turut mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Rafizi mempersoalkan kenyataan beliau di Parlimen minggu ini berhubung tindakan undang-undang Ramanan.

Rafizi mendakwa sidang media Ramanan mengesahkan Naib Presiden PKR itu belum mengambil tindakan mahkamah terhadapnya berhubung dakwaan suapan RM9.5 juta bagi menyelesaikan kes mafia korporat.

"Sidang media R. Ramanan mengesahkan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini, kononnya R. Ramanan telah mengambil tindakan mahkamah, adalah tidak benar," dakwanya.

Susulan itu, Rafizi mencadangkan ahli Parlimen merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat.

Rafizi turut menegaskan tindakan saman terhadap Ramanan wajar diteruskan kerana menurutnya, menteri berkenaan masih belum menjawab beberapa dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap beliau.

"Tindakan ini juga tepat memandangkan R. Ramanan terus mengelak dari menjawab beberapa tuduhan mengenai beliau dan rasuah.

"Jika R. Ramanan enggan mengambil tindakan saman terhadap saya, akibat dari sidang media beliau semalam, ia membuka jalan untuk saya mengheret beliau ke mahkamah susulan tohmahan yang dibuat terhadap saya," katanya lagi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap Datuk Seri R. Ramanan? 
    A: Datuk Seri Rafizi Ramli telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk memulakan proses saman terhadap Datuk Seri R. Ramanan.
  • Q: Apakah punca Rafizi Ramli mengambil tindakan saman terhadap Ramanan? 
    A: Tindakan saman diambil susulan sidang media Ramanan yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah, termasuk tuduhan mengaitkan Rafizi dengan rasuah.
  • Q: Apakah bukti yang telah diserahkan Rafizi kepada peguamnya? 
    A: Rafizi telah menyerahkan video dan transkrip sidang media Ramanan kepada pasukan peguamnya untuk penelitian lanjut.
  • Q: Bagaimana pertikaian ini melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim? 
    A: Rafizi mempersoalkan kenyataan Anwar Ibrahim di Parlimen yang didakwa tidak benar berhubung tindakan undang-undang Ramanan, dan mencadangkan Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
  • Q: Mengapa Rafizi menegaskan tindakan saman terhadap Ramanan perlu diteruskan? 
    A: Rafizi menegaskan tindakan saman wajar diteruskan kerana Ramanan masih belum menjawab beberapa dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap beliau.

Must Watch Video

Advertisement