POLITIK
Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir taklimat Ahli Parlimen PH bersama PM
Kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri PH mula memasuki Kompleks Seri Perdana pada 3.45 petang. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli tidak hadir taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Seri Perdana, Putrajaya pada Isnin.
Menurut sumber, selain Rafizi, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga tidak kelihatan semasa sesi taklimat tersebut.
Namun beberapa ahli parlimen yang dilihat bersama kumpulan Rafizi seperti Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilihat hadir.
Taklimat tersebut berakhir sekitar jam 6 petang.
Terdahulu, pada 3.45 petang, kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri PH mula memasuki Kompleks Seri Perdana.
Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Turut kelihatan Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pertemuan itu merupakan kesinambungan kepada sesi bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 11 Julai.
Untuk rekod, Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan selaku menteri dalam kabinet Kerajaan Perpaduan pada 28 Mei selepas gagal mempertahankan jawatan semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Namun kedua-duanya masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pakatan Harapan.