POLITICS
Rafizi sudah pulang ke Kuala Lumpur
Ketidakhadiran Rafizi pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 mencetuskan spekulasi, terutama selepas beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli telah pulang ke Kuala Lumpur, pagi ini.
Ringkasan AI
Perkara itu dikongsikan Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.
“Semalam selepas pengumuman keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), saya mengajak Rafizi minum dan makan bersama.
"Banyak perkara kami bincangkan, termasuk luahan hati masing-masing.
"Rafizi pada mulanya menyatakan hasrat hadir ke hari terakhir kongres, namun pagi ini beliau maklumkan sudah dalam perjalanan ke ibu negara dan kini telah selamat tiba,” katanya.
Terdahulu, ketidakhadiran Rafizi yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR malam tadi, mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan perwakilan apabila kelibat beliau tidak kelihatan sejak awal pagi.
Keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2025-2028 termasuk jawatan Timbalan Presiden diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Dalam keputusan tersebut, Nurul Izzah Anwar berjaya menewaskan Rafizi dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi yang diraih bekas penyandang jawatan itu.
Kongres Nasional 2025 yang dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, diteruskan pagi ini dengan sesi perbahasan ucapan dasar Presiden.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli telah pulang ke Kuala Lumpur pagi ini selepas berbincang secara peribadi dengan Datuk Seri Aminuddin Harun malam sebelumnya.
- Ketidakhadiran Rafizi pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 mencetuskan spekulasi, terutama selepas beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
- Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi, menewaskan Rafizi yang meraih 3,866 undi dalam keputusan rasmi yang diumumkan malam tadi.