KUALA LUMPUR: Satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.

Suara itu mengatakan sudah 22 tahun dia tidak mengikuti perhimpunan tersebut secara dekat.

"Saya sudah 22 tahun baru saya 'follow' Perhimpunan Agung UMNO," kata suara mirip Anwar

Don’t worry, that is only tactical, OK,” balas suara mirip Zahid

No, no, okay, okay, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game.

"Tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata suara mirip Anwar itu kembali.

"You tahu siapa cikgu saya, kan? Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah," balas suara yang dikatakan mirip Zahid.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar

Sementara itu, suara mirip Ahmad Zahid berkata, apabila mandat diberikan kepada presiden, maka ia lebih mudah daripada usul.

Dalam perbualan itu, suara mirip Anwar turut menyatakan tentang harapan ada menteri letak jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.

"Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani, hanya yang Perak tu, apa namanya? Shamsul, kalau dia boleh (letak jawatan)" kata suara mirip Anwar.

Perbualan terakhir suara mirip Anwar memberitahu bahawa usaha mereka masih belum berakhir dan mengarahkan individu dipercaya Ahmad Zahid itu untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

"Cuma sekarang tak habis lagi tu.. kita ada sikit lagi.. kalau you dapat (tak jelas) maknanya you kena emergency MT tau, takut nanti you tak boleh jawab macam sekarang," katanya.

Di hujung perbualan, suara mirip Anwar itu dikatakan meminta agar diberitahu kepada isteri Zahid tentang rasa bangganya.

“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata individu itu menamatkan panggilan.

[TERKINI] Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid nafi audio perbualan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim