awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat akan hukum kerajaan jika Pelan Pemulihan Negara tidak berjaya - Ketua Pemuda PN

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
20/06/2021
15:04 MYT
Rakyat akan hukum kerajaan jika Pelan Pemulihan Negara tidak berjaya - Ketua Pemuda PN
Khairil Nizam mengingatkan, kunci kepada kejayaan pelan pemulihan ialah pembabitan semua pihak secara berpasukan. - Gambar/ Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia
KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara wajib berjaya, jika tidak, rakyat akan menghukum kerajaan, tegas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Khairil Nizam Khirudin.
Begitupun, beliau yakin pelan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada awal minggu ini masih di landasan tepat.
Beliau juga mengingatkan kunci kepada kejayaan pelan pemulihan ialah pembabitan semua pihak secara berpasukan.
"Ia bukan sekadar ahli politik, Cabinet members dan kakitangan kerajaan. tetapi juga oleh rakyat.
"... Kita tak boleh seminggu dah boleh selesai belaka," katanya menerusi penstriman di laman Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia pada Ahad.
Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan, Pelan Pemulihan Negara sebagai satu strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Berdasarkan pelan berkenaan Muhyiddin menyatakan keyakinan bahawa rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun, termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober.
Topic Berkaitan
#Ketua Pemuda PN
#Khairil Nizam Khirudin
#Pelan Pemulihan Negara
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#wajib berjaya
#hukum kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan