awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Qatar tutup sementara ruang udara susulan ketegangan serantau yang memuncak
DUNIA
Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar

Bernama
Bernama
08/01/2022
03:31 MYT
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Annuar berkata, rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak dan seterusnya berupaya membangunkan lagi negeri ini dengan lebih pesat. - Gambar fail
SIBU: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang buat pertama kali bertanding atas nama gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bulan lepas, memberi gambaran jelas bahawa rakyat Sarawak tidak mahu negeri itu diperintah parti lain, selain GPS.
GPS yang dianggotai empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progressif (PDP) berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut Naib Presiden PBB Annuar Rapaee, rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak dan seterusnya berupaya membangunkan lagi negeri ini dengan lebih pesat.
"PRN lepas menunjukkan rakyat Sarawak tidak mahu parti lain selain GPS untuk memerintah Sarawak," katanya semasa berucap pada majlis kesyukuran PBB Cawangan Nangka di sini, malam semalam.
Beliau berkata, kejayaan GPS memenangi 76 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan itu merupakan rekod paling besar pernah dicapai dalam sejarah politik Sarawak.
Sementara itu, menyentuh kejayaan beliau memperoleh majoriti lebih 10,000 undi, Dr Annuar yang juga Anggota DUN Nangka berkata kemenangan besar itu adalah hasil kerja keras semua anggota PBB Nangka sepanjang tempoh lima tahun lepas.
Katanya kemenangan itu merupakan mandat besar diamanahkan pengundi yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
"Jangan disebabkan kemenangan besar ini, kita menjadi angkuh dan jangan dengan kemenangan besar ini kita menyisih musuh-musuh kita dahulu. Kalau boleh kita rapatkan saf, ajak mereka kembali kepada perjuangan sebenar," tambahnya.
Katanya PBB sentiasa membuka peluang kepada anak-anak muda di kawasan DUN Nangka untuk menyertai politik melalui parti itu dan mengajak seluruh masyarakat Sibu bersama-sama PBB bagi memperkukuh serta memperkasakan parti itu di Sibu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#PRN Sarawak
#Dr Annuar Rapaee
#Sarawak Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami