[RASMI] PRN: Amirudin pertahan Sungai Tua

Fareez Azman
Ogos 12, 2023 14:46 MYT
Amirudin berjaya mendapat majoriti 5,185 undi dengan jumlah 19,678 undi meninggalkan Hanif Jamaluddin (PN) yang meraih 14,493 undi. - Gambar fail
KLANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Tua menewaskan dua saingannya masing-masing daripada Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Amirudin berjaya mendapat majoriti 5,185 undi dengan jumlah 19,678 undi meninggalkan Hanif Jamaluddin (PN) yang meraih 14,493 undi.
Manakala calon Bebas, Suman Gopal hilang deposit dengan hanya meraih 430 undi.
DUN Sungai Tua menyaksikan 49,055 pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI/ TAK RASMI DI SINI
#PRN #PRN Selangor #DUN Sungai Tua #Amirudin Shari #keputusan PRN