Reezal Merican menang di Bertam

Bernama
Ogos 12, 2023 15:18 MYT
Reezal Merican mengalahkan penyandang kerusi itu Khaliq Mehtab yang memperoleh 8,132 undi dalam pertandingan satu lawan satu. - Gambar fail/Bernama
KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjaya memperoleh 10,453 undi untuk memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi.
Reezal Merican mengalahkan penyandang kerusi itu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 8,132 undi dalam pertandingan satu lawan satu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tahun lepas, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas apabila kalah kepada calon PN Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi.
-- BERNAMA
#Barisan Nasional #Perikatan Nasional #pilihan raya negeri #Suruhanjaya Pilihan Raya