awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Rekonsiliasi rakyat pasca PRN penting, hentikan tekanan kepada Ahli Parlimen, ADUN" - Bastien Onn

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
14/08/2023
16:25 MYT
"Rekonsiliasi rakyat pasca PRN penting, hentikan tekanan kepada Ahli Parlimen, ADUN" - Bastien Onn
Bastien berkata, langkah itu memastikan rakyat tidak terus memberi tekanan kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh mengganggu fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rekonsiliasi rakyat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri penting untuk memastikan kestabilan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, langkah itu memastikan rakyat tidak terus memberi tekanan kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh mengganggu fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
“Bagaimana pula rekonsiliasi antara rakyat itu. Itu yang lebih penting. Ia kembali kepada sama ada Kerajaan Perpaduan ini akan kekal dapat dipertahankan sekiranya rakyat tidak dapat direkonsiliasikan kerana mereka akan berterusan memberi tekanan kepada wakil-wakil rakyat mereka tanpa mengira sama ada di Parlimen atau di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Ia bagi memastikan rakyat tidak terus memberi tekanan kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh mengganggu fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik.#AWANInews #AgendaAWANI pic.twitter.com/z6OUfqYznE
— Astro AWANI (@501Awani) August 14, 2023
Selain itu, Bastien turut menekankan soal rekonsiliasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pasca PRN bagi memastikan semua agenda rakyat dapat dilaksanakan tanpa dikaburi pertembungan antara parti-parti politik.
KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) 2023
“Kita telah cakap bagaimana Kerajaan Persekutuan hendak bantu Kerajaan Negeri. Bagaimana kerjasama dapat dibuat bagi membangunkan sesebuah negeri, yang mana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat bergerak seiring bagi memastikan sesebuah agenda itu dapat dilaksanakan dan rakyat dapat dijaga,” katanya lagi.
Beliau mengakui bahawa hal ini merupakan suatu yang mencabar untuk diterjemahkan namun ia merupakan langkah penting untuk bergerak ke hadapan pasca PRN, meskipun pola pengundian jelas menunjukkan sokongan orang Melayu lebih terarah kepada Perikatan Nasional (PN), manakala sokongan bukan Melayu terarah kepada Pakatan Harapan (PH).
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Kerajaan Perpaduan
#pilihan raya negeri
#sokongan bukan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan