awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rina Mohd Harun dilantik Ketua Srikandi PPBM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/04/2017
07:22 MYT
Rina Mohd Harun dilantik Ketua Srikandi PPBM
Keputusan memilih Rina itu dibuat setelah mengambil kira dan meneliti tentang latar belakang Rina yang pengalaman dalam politik dan pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti sebelum ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Bekas Exco Puteri UMNO Rina Mohd Harun hari ini dilantik sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira dan meneliti tentang latar belakang Rina yang berpengalaman dalam politik dan pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti sebelum ini selain pengamalan beliau dari segi pengurusan serta idea yang Rina kemukakan.
“Beliau adalah orang yang layak, hanya dalam tempoh sebulan beliau mengatur gerak kerja,melantik exco, di peringkat negeri pun begitu jadi dan setakat hari ini saya cukup berpuas hatilah,” kata Muhyiddin.
Dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti itu pagi tadi, PPBM turut mengumumkan perlantikkan 20 ahli jawatankuasa pusat serta 7 penaja negeri sayap srikandi telah mengangkat sumpah penerimaan di hadapan Presiden PPBM.
Sementara itu Rina yang pernah dilantik sebagai Exco Pusat Puteri UMNO dari 2009 sehingga 2013 tekad untuk menyediakan ahli parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Sebagai srikandi dalam satu parti politik kami akan bersama kepimpinan parti untuk menggerakkan ahli-ahli Srikandi dan juga jentera untuk kita memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.
Rina mengambilalih tugas Anina Saadudin yang sebelum ini dilaporkan menyandang jawatan itu pada November tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Exco
#Ketua Srikandi
#PPBM
#Rina Mohd Harun
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan