Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
POLITIK

RM1 bilion untuk Dana Pembangunan Halal

Bernama 07/04/2018 | 22:18 MYT
BN mahu memastikan Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia yang bumiputera menjadi penggerak utama industri. - Gambar hiasan
Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi Dana Pembangunan Halal yang bertujuan menjadikan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera yang juga berperanan sebagai penggerak utama industri.

Menurut kandungan Manifesto bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku, Najib berkata BN akan meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 dalam memastikan bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Berikut adalah kandungan Manifesto PRU14 yang dilancarkan malam tadi:
-- BERNAMA




#Barisan Nasional #dana pembangunan halal #ekonomi #Halal #MalaysiaMemilih #Manifesto #Najib Razak