awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif

Fareez Azman
Fareez Azman
22/06/2023
21:15 MYT
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN -  Afif
Dr Afif Bahardin, pelancaran itu sempena mengadakan Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor 2023 yang akan dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Menurut Setiausaha Negerinya, Dr Afif Bahardin, pelancaran itu sempena mengadakan Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor 2023 yang akan dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“InsyaAllah PN Selangor bakal menganjurkan Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor 2023 akan berlangsung 24 Jun di IDCC Shah Alam bermula 2 petang sehingga 6 petang,” jelasnya.
“Ia akan disambung dengan ceramah perdana bertemakan Jelajah Selangor Baru Kita Bangkit yang mana ini ceramah perdana pertama sejurus selepas pembubaran DUN Selangor,” jelasnya.
Tambahnya, konvensyen itu bermatlamatkan mengumpulkan jentera serta penyampaian amanat PN.
“Konvensyen pilihan raya ini matlamatnya adalah untuk mengumpulkan jentera dan melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional Selangor dalam masa sama kita akan mendengar amanat dan arahan daripada pimpinan pusat kita akan akan hadir,”katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas Mesyuarat PN Negeri Selangor di sini pada Khamis.
Terdahulu, mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut disertai pimpinan tertinggi PN peringkat negeri.
Topic Berkaitan
#PRN
#PN Selangor
#Afif Bahardin
#Konvensyen Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan