awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet bukan krisis politik - Syerleena

Bernama
Bernama
18/12/2025
15:10 MYT
Rombakan Kabinet bukan krisis politik - Syerleena
Syerleena berkata, rombakan Kabinet adalah amalan biasa dalam sistem pemerintahan berparlimen dan tidak wajar disalah tafsir sebagai krisis politik.
GEORGE TOWN: Rombakan Kabinet adalah amalan biasa dalam sistem pemerintahan berparlimen dan tidak wajar disalah tafsir sebagai krisis politik, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.
Dalam kenyataan media hari ini, Syerleena berkata kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membangkitkan kebimbangan mengenai rombakan Kabinet dilihat lebih bertujuan mencetuskan ketakutan demi kepentingan politik, bukannya membincangkan soal tadbir urus.
"Tiada apa-apa yang luar biasa atau membimbangkan mengenai rombakan Kabinet. Dalam setiap sistem parlimen yang berfungsi, perdana menteri dijangka menilai semula dan menyusun Kabinet bagi memperkukuh penyelarasan, prestasi serta keberkesanan penyampaian," katanya.
Beliau menegaskan naratif yang menyamakan kerjasama dengan pemusatan kuasa serta kononnya mengancam identiti politik adalah mengelirukan dan berisiko menjejaskan semangat kerjasama demokratik.
Menurutnya kerajaan perpaduan Malaysia dibentuk selepas pengundi menolak dominasi mana-mana satu parti atau ideologi, termasuk PAS, sebaliknya memilih kerjasama dan kestabilan melalui peti undi.
"Sebagai seorang Muslim, saya percaya Islam mengajar nilai amanah, keadilan dan akauntabiliti, dan kepimpinan seharusnya dinilai berdasarkan kecekapan serta integriti, bukannya politik ketakutan atau amaran palsu," katanya.
Syerleena berkata demokrasi dipelihara melalui institusi yang kukuh, proses membuat keputusan telus dan kepimpinan bertanggungjawab, bukan retorik bersifat mengapi-apikan.
Beliau berkata negara memerlukan pemimpin yang mampu meredakan suhu politik dan menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan ketika rakyat berdepan kos sara hidup yang meningkat.
Katanya masa depan negara ditentukan oleh mereka yang mentadbir secara bertanggungjawab, bekerjasama merentas perbezaan dan menyampaikan hasil nyata kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#politik
#krisis
#sistem pemerintahan
#syerleena abdul rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan