[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
POLITICS

Ronnie Liu akan keluar DAP

Astro Awani 08/10/2022 | 15:51 MYT
Liu bagaimanapun enggan mengesahkan bila tarikh sebenar beliau akan meninggalkan parti tersebut, termasuk jika akan berbuat demikian pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Ronnie Liu akan bertindak keluar daripada parti dalam masa terdekat.
Ketika dihubungi The Star pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata terpaksa membuat keputusan tersebut kerana tiada pilihan.
“Saya terpaksa kerana tiada pilihan,” katanya dilaporkan The Star.
Liu bagaimanapun enggan mengesahkan bila tarikh sebenar beliau akan meninggalkan parti tersebut, termasuk jika akan berbuat demikian pada Ahad.
Sebaliknya, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat.
Sebelum ini, tersebar khabar angin mendakwa Liu yang terkenal sebagai ahli yang setia kepada DAP selama beberapa dekad, bakal meninggalkan parti itu disebabkan kemelut dalaman.
#Ronnie Liu #veteren DAP #keluar parti #kemelut dalaman DAP