awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP mulai esok

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2023
23:00 MYT
Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP mulai esok
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu memohon kepada pucuk pimpinan parti itu menamatkan keahliannya berkuat kuasa 24 Jun (esok). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu memohon kepada pucuk pimpinan parti itu menamatkan keahliannya berkuat kuasa 24 Jun (esok).
Keputusan tersebut, tegas veteran DAP itu, diambil kerana banyak perkara yang di luar jangkaan telah berlaku sepanjang 41 tahun beliau menganggotai parti berkenaan.
Permohonan penamatan keahlian dalam parti berkenaan dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor itu dalam surat beliau kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Ronnie turut berkongsi surat berkenaan dalam akaun Facebook beliau.
“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982.
“Namun selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP,” kata beliau dalam surat berkenaan.
Dalam masa sama, Ronnie mengucapkan terima kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepadanya.
“Semoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisme demokratik dan konsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Ronnie Liu
#Ronnie Liu tamat keahlian
#DAP
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan