awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2023
05:00 MYT
Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata. - Gambar fail
SHAH ALAM : Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.
Mengambil contoh di Selangor, katanya, kerajaan negeri merekodkan perbelanjaan lebih rendah apabila penganjuran rumah terbuka Aidilfitri buat kali pertamanya diadakan di sembilan daerah di negeri itu pada tahun lalu.
"Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.
"Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah," katanya dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin.
Amirudin menjelaskan, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut beliau, program seperti itu juga dapat memberi peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri.
"Contohnya penduduk Sabak Bernam memerlukan dua jam untuk sampai ke Shah Alam atau lokasi lain jika dibuat di satu-satu tempat," jelas beliau.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita' Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.
Malah, katanya, rakyat juga boleh datang beramai-ramai pada Jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak jam 8.30 malam pada 14 Mei depan.
"Jamuan itu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor dan saya percaya majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran Perdana Menteri dan jemputan ke majlis tersebut," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rumah terbuka Aidilfitri
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
#penjimatan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan