POLITIK
Rundingan mengenai PRN Sabah belum dimuktamadkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
TANAH MERAH: UMNO telah mengadakan perbincangan dengan parti-parti terlibat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun tiada keputusan muktamad dicapai setakat ini, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagaimanapun, persiapan menghadapi PRN Sabah sudah bermula sejak tahun lepas sebagai langkah kesiapsiagaan parti.
"Kita sudah ada perbincangan, tetapi keputusan belum dimuktamadkan lagi, malah kita telah siap siaga (persiapan) sejak tahun lepas lagi untuk hadapi PRN Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekali gus membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.
Pada PRN Sabah ke-16 yang berlangsung pada 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.
Susulan itu, GRS secara rasmi membentuk kerajaan negeri baharu selepas meraih keseluruhan 38 kerusi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UMNO telah memulakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sejak tahun lalu dan sedang mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain, namun belum mencapai keputusan muktamad.
- Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRN Sabah ke-17, yang dijangka berlangsung selepas pembubaran automatik DUN Sabah pada 11 November.
- Pada PRN Sabah 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 38 kerusi, dengan penyertaan parti-parti seperti PN, BN dan PBS. Jika anda perlukan versi ini untuk bahan editorial atau analisis politik, saya boleh bantu susun mengikut format yang sesuai.