KUALA LUMPUR: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti yang dibentang di Parlimen perlu diperhalusi agar tidak memberi kesan jangka panjang kepada landskap politik serta rakyat.
Jelas Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pindaan Perkara 10 dan 48 Perlembagaan itu bukan sesuatu perkara yang memeranjatkan dan telah termaktub dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan dan pembangkang.
"Saya rasa kerajaan sekarang terikat dengan Memorandum Persefahaman (MoU) ini, mereka buat inisiatif ini.
"Ada beberapa syarat dalam MoU itu antaranya lompat parti dan jawatan Perdana Menteri hanya dua penggal sahaja, jadi ini tidak memeranjatkan," jelasnya.
Ujarnya, meskipun tafsiran dan Pindaan Perlembagaan Perkara 10 akan dilaksanakan, namun menjadi kebimbangannya adalah kesan jangka panjang yang boleh berlaku.
"Cuma saya cakap perkara ini ada kesan jangka panjang dan kesan lain berlapis-lapis. Saya rasa ada unsur emosi dalam Pindaan Perlembagaan ini, kerana tidak pernah orang menyebut Artikel 48, ia jarang sekali.
"Kerana kalau ahli politik kita fokus, mengapa kita nak cakap dekat rakyat jangan lompat parti. Jadi bagi saya, kita kena fikirkan adakah ini bermakna melibatkan ahli politik sahaja tidak termasuk rakyat di bawah atau macam mana.
"Kadang-kadang kita bincang juga terlalu melibatkan golongan elit perbincangan ini sehingga melupakan rakyat di bawah bersetuju atau tidak," jelasnya ketika temubual Buletin AWANI Khas pada Isnin.
Mengulas mengenai sasaran kerajaan pembentangan RUU Antilompat Parti menjelang Julai depan, jelasnya kemungkinan ia mengambil masa lebih daripada itu.
"Jadi kena fikir, saya tidak jangka benda ini boleh selesai bulan Julai lah, tidak akan habis. Macam-macam kes kita nak timbulkan, kalau dah buat Perakuan Bersumpah (SD) ini semua kita dah dengar kempen politik kita.
"Ia sekali gus mengehadkan hak asasi seseorang dalam menentukan masa depan dan pilihan mereka. Bukan perkara mudah, tapi kalau serius fikirkan rakyat dan kesannya saya rasa kita perlu mengambil waktu," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon Apr 11 2022

Prof Shamsul Amri berkata semua pihak perlu serius dan perhalusi setiap pindaan perlembagaan sebelum dilaksanakan. - Gambar fail

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara Puchong awal pagi tadi. Insiden dilaporkan jam 12.30 pagi ketika cuaca baik.

Banjir Di Baling | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 orang sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan ismail berkata, pasukan sukarelawan itu terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan, dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di Pahang.

AWANI Ringkas: Kedudukan minyak masak, ayam dan telur

Ekonomi | OPR: Langkah BNM depani kenaikan dolar AS
Lebih banyak kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan berlaku, kata Pakar Ekonomi UOB Julia Goh, yang menjangkakan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan pada bulan September, yang akan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar AS.

Musim Haji 1443H | Khutbah Arafah bakal di terjemahkan ke 14 bahasa
Khutbah Arafah merupakan salah satu acara penting dalam pelaksanaan ibadah haji dan bagi musim 1443H/2022M, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan terjemahan dalam 14 bahasa. Ia bagi membolehkan inti pati khutbah yang menyeru kepada keadilan, toleransi dan kesederhanaan Islam disebarluaskan sebaik mungkin, sesuai dengan perkembangan teknologi digital ketika ini. Ikuti laporan Editor Astro AWANI, Nazri Kahar di Mekah, Arab Saudi.

Mat Kilau: Padang Koba Telok Bakong destinasi pelancongan terbaharu Perak
Pihaknya sedia melihat cadangan bagi menjadikan lokasi itu sebagai sumber produk pelancongan baharu negeri.

Musim Haji 1443H | Kesihatan jemaah dipantau rapi
Setakat ini, status kesihatan kes jemaah haji yang dilaporkan masih terkawal seperti gejala strok haba, influenza dan penyakit berkaitan dengan trauma akibat cuaca panas serta sesak. Namun demikian Kementerian Kesihatan Arab Saudi bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin termasuk kemudahan seperti hospital di Mekah dan Mina, klinik di penempatan jemaah, perkhidmatan ambulans serta hospital lapangan.

Menjelang Aidiladha | 9 kesalahan utama fokus Op Khas Raya
Sembilan kesalahan utama akan menjadi fokus dalam Op Khas Hari Raya Aidiladha yang akan dilaksanakan pada 7 dan 8 Julai serta 12 dan 13 Julai bagi memantau situasi keselamatan sempena musim perayaan itu. Antara kesalahan itu termasuk memandu laju, tidak menggunakan tali pinggang keledar serta membawa muatan berbahaya.

Niaga AWANI: Hari Peneroka | Kejayaan dalam keberkatan – 66 tahun FELDA

Musim Haji 1443H | Jemaah haji berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan wukuf dan kemudiannya bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra. Perkembangan bersama Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan jurukamera, Ruzi Mat Saman dengan rakan-rakan media antarabangsa yang berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.
![[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama [KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645870209_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat.

Annuar nafi atur rancangan dengan Ismail Sabri rebut jawatan tinggi UMNO
Kata Annuar, beliau dan PM ada banyak tugas lain untuk dilaksanakan pada masa ini.

Tatacara penyimpanan barang kes SPRM perlu lebih sistematik - Dewan Negara
Ia bagi memastikan SPRM dapat meningkatkan kredibiliti sebagai agensi penguatkuasaan antirasuah yang lebih dihormati.

Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.

Speaker bukan ejen badan Eksekutif, tidak boleh dilihat seperti dikawal kerajaan - Mohamad Ariff
Konsep yang digunapakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, perasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.

RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi
Kata Wan Junaidi, tiada bantahan terhadap draf berkenaan dalam kalangan jemaah menteri seperti dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup 'angka' untuk kembali jadi PM
Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.

Khairy ulangi gesaan agar RUU larangan merokok diluluskan
Undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia.

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.