POLITICS

Sabah berdepan pilihan raya mengejut?

Astro Awani 29/07/2020 | 15:34 MYT
Kumpulan yang diketuai Musa akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditandatangani dalam tempoh terdekat. - Foto Astro AWANI
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan dibubar pada Khamis?
Itu kata Senator Adrian Lasimbang dalam satu pautan di Twitter malam tadi bahawa Sabah bakal berdepan pilihan raya (snap election) dalam masa terdekat.
Kesahihan kenyataan Lasimbang masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negeri Sabah.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di kediaman Musa di Jalan Temasu, Luyang belum menunjukkan sebarang perkembangan setakat ini.
BACA: Musa Aman dakwa dapat sokongan majoriti bentuk Kerajaan Sabah baharu
Difahamkan, Musa yang sebelum ini mendakwa mempunyai sekurang-kurangnya majoriti mudah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan ke Istana Negeri Sabah untuk mengadap Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Juhar Mahiruddin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jalan masuk ke Jalan Istana turut dipenuhi sepasukan anggota polis untuk mengawal laluan masuk ke Istana Negeri.
Menurut sumber, satu sidang media akan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikediamannya di Kota Kinabalu, berhubung perkara itu yang dijangka pada Khamis, 10 pagi.
#ADUN #Ahli Dewan Undangan Negeri #Jalan Temasu #Luyang #Musa Aman #Sabah #Tun Juhar Mahiruddin