awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Jika tidak dicalonkan, saya tidak kecil hati - Isnin Aliasnih

Assim Hassan
Assim Hassan
22/08/2020
07:32 MYT
Sabah Memilih: Jika tidak dicalonkan, saya tidak kecil hati - Isnin Aliasnih
Senarai calon untuk DUN Klias serta Kuala Penyu sudah diserahkan dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menilai.
"Jika saya terpilih, saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai calon dengan baik dan sekiranya tidak dipilih, saya juga tidak berkecil hati, saya akan bantu calon untuk menang."
Demikian ulasan penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih ketika ditanya mengenai calon bagi kerusi DUN berkenaan.
Isnin yang juga Ketua Bersatu Bahagian Beaufort berkata, senarai calon untuk DUN Klias serta Kuala Penyu sudah diserahkan dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menilai.
"Bagaimanapun apa yang pasti, sekiranya saya terpilih, saya akan mempertahankan kerusi itu. Saya yakin dengan kemenangan kerana saya dibantu oleh ramai rakan-rakan dalam Bersatu. Mereka semua orang-orang hebat.
"Jika tidak dicalonkan, saya tidak akan berkecil hati, saya akan bantu individu yang dicalonkan. Saya selaku ketua (Ketua Bersatu bahagian) perlu memastikan setiap calon daripada parti saya menang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Persidangan Bersatu Bahagian Beaufort di sini pada Sabtu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Isnin memenangi kerusi DUN Klias dengan majoriti 2,336 undi menewaskan Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan) dan Johair Mat Lani (Warisan).
Topic Berkaitan
#Beaufort
#calon
#Datuk Isnin Aliasnih
#DUN Klias
#Ketua Bersatu Bahagian Beaufort
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan