awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh

Bernama
Bernama
18/02/2017
00:04 MYT
Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO. - Gambar fail
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Jumaat membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.
Beliau berkata kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya kelmarin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurut Abdul Hadi, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO.
Menegaskan UMNO kekal sebagai musuh tradisi parti itu dalam politik, PAS bagaimanapun menyifatkan politik DAP adalah lebih berbahaya.
"PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai.
"DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang," tulis beliau. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pemuda PAS
#Mahathir Mohamad
#Nik Mohamad Abduh
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan