awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri - Syed Saddiq

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/03/2020
14:50 MYT
Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan bahawa dia merasa bangga mempunyai pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama untuk berada di pihak Muhyiddin - Foto Instagram/ Syed Saddiq
"Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri,"
Itulah luahan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan bahawa dia mula menyertai politik kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Syed Saddiq memuat naik gambar yang diambil pada tahun 2015 itu di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Melalui entri tersebut, Syed Saddiq turut menyatakan bahawa beliau pernah dibuang kerja, malah keluarganya diugut kerana menunjukkan sokongannya kepada Muhyiddin pada ketika itu.
"Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul," katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu yang menganggap Muhyiddin sebagai figura seorang bapa, turut melihat minggu ini merupakan tempoh yang sangat sukar kerana diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan pemimpin politik yang dilawan dahulu kerana isu rasuah dan salah guna kuasa.
"Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah, tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan," katanya lagi.
Syed Saddiq turut menyatakan bahawa dia berasa bangga ada pemimpin seperti Muhyiddin namun memohon maaf kerana tidak dapat bersama untuk berada di pihak Muhyiddin.
Beliau juga menyatakan akan terus berusaha dan berdoa supaya prinsip perjuangan mereka akan dijunjung melebihi kepentingan politik.
View this post on Instagram
Gambar ini diambil pada tahun 2015. Salah satu sebab saya masuk Politik adalah kerana Tan Sri. Saya tidak sanggup melihat seorang pejuang kebenaran dihina, dimaki & dibuang oleh UMNO kerana prinsip & pendiriannya. Sebagai anak muda, saya bangga ada seorang pemimpin seperti Tan Sri. Saya tidak mahu dia berdiri berseorangan. Dalam Politik, dia seperti seorang ayah kepada saya. Saya dibuang kerja, keluarga saya diugut & pendidikan saya tergendala kerana bersama Tan Sri. Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul. Menang atau kalah bukan matlamat utama. Prinsip perjuangan yang membakar semangat saya. Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk Politik untuk bersihkan Politik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan Pemimpin Politik yang saya lawan dahulu kerana rasuah & salah guna kuasa. Mereka yang terpalit dengan ratusan kes rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara. Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan. Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha & berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan politik. May Allah bless us all.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Mar 1, 2020 at 3:18am PST
Topic Berkaitan
#Malaysia 2020
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#politik
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan