Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyalahkan polis atas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada barisan Kabinet 20 tahun lepas, seperti 'mahu menulis semula sejarah'.
Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan pengerusi Pakatan Harapan itu juga ibarat mahu mengelak sindrom 'meludah ke langit terpercik ke muka sendiri' apabila kedua-duanya kini bekerjasama sebagai pembangkang.
"Disebabkan sekarang beliau (Dr Mahathir) bekerjasama dengan Anwar, maka beliau terpaksa tukar cerita (tentang pemecatan Anwar olehnya ketika menjadi perdana menteri) dengan menyalahkan pula polis.
"Dalam buku biografinya bertajuk 'A Doctor In The House', beliau menyatakan, - I have made many mistakes but removing Anwar was not one of them (Saya telah membuat banyak kesilapan tetapi menyingkirkan Anwar bukan satu daripadanya). Ini beliau (Dr Mahathir) sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Golf Amal 2018 anjuran Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Selangor di sini, hari ini.
Justeru itu, beliau berkata rakyat sepatutnya lebih bijak menilai senario politik tersebut apabila sesetengah pihak cuba mewujudkan sejarah versi baharu dengan memuatkan kisah terkini.
Pada Selasa lepas, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata bahawa tindakannya memecat Anwar adalah satu perbuatan yang salah sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun.
Lapor portal berita itu lagi, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia tersebut turut menyatakan yang beliau terpaksa memecat Anwar kerana tiada pilihan lain selepas polis menyerahkan semua bukti mengenai salah laku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat terbabit kepadanya pada tahun 1998.
Dalam pada itu, berhubung pertandingan golf amal itu, Presiden JP Selangor Datuk Dr Mohd Karim Abdullah Omar berkata dana sebanyak RM200,000 berjaya dikumpulkan dan akan disalurkan untuk membantu rumah-rumah kebajikan dan anak yatim.
"Ini merupakan acara tahunan yang sudah masuk tahun keempat penganjurannya. Kita lakukan untuk kumpul dana bagi membantu golongan memerlukan dan JP Selangor akan berusaha menganjurkan lebih banyak acara seumpamanya demi menyantuni rakyat," katanya.
Seramai 120 peserta terdiri daripada wakil korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan pemain golf amatur menyertai pertandingan amal tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 15 2018
Dr Mahathir dilaporkan sebuah portal berita sebagai berkata bahawa tindakannya memecat Anwar adalah satu perbuatan yang salah sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun. - Gambar fail
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar
Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh menerusi MITI bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.