awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi PH Johor

Bernama
Bernama
21/09/2022
14:14 MYT
Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi PH Johor
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu.
Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, akan dibantu oleh tiga Timbalan Pengerusi iaitu Pengerusi Amanah negeri Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong.
Jawatan Setiausaha pula dipegang Faizul Salleh (Amanah) manakala Bendahari oleh S. Gopalakrishnan (PKR) dan Ketua Penerangan disandang oleh Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).
"Pakatan Harapan Johor mengadakan mesyuarat baru-baru ini bagi memperkemas struktur kepimpinan PH negeri khususnya selepas PKR menyempurnakan kongres tahunan pemilihan parti.
"Hasil keputusan mesyuarat, PH Johor memutuskan Ahli Parlimen Pulai merangkap ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Pengerusi PH Johor, " menurut kenyataan bersama PH Johor hari ini.
PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan segala kemungkinan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Pengerusi PH Johor
#Pakatan Harapan
#Timbalan Presiden AMANAH
#ADUN Simpang Jeram
#Ahli Parlimen Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan