Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub percaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kembali ke Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada media di luar sebuah hotel di sini, Salahuddin berkata perkara tersebut adalah satu kemungkinan kerana gabungan itu telah menamakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

“Saya percaya lebih ramai di kalangan mereka (ahli parlimen Bersatu) akan bergabung semula dengan PH kerana Dr Mahathir akan kembali sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Ditanya mengenai bila Bersatu akan bergabung semula dengan PH, Salahuddin berkata perkara itu diserahkan kepada Dr Mahathir dan pemimpin parti untuk memutuskan.

"Apa yang penting sekarang adalah kita mahu mendapatkan nombor (dalam Dewan Rakyat) menyokong Dr Mahathir (sebagai calon Perdana Menteri)," katanya.

PH hari ini memutuskan untuk memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk menjawat jawatan perdana menteri ke-8.

[LAPOR LANGSUNG] Malaysia2020 Siapakah PM-8?