JITRA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap semua ahli politik di negara ini yang mengamalkan politik wang.
Tegasnya, sebagai individu yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk menangkap golongan terbabit.
“Dia (Ahmad Zahid) jadi Timbalan Perdana Menteri suruh dia pergi tangkap semua yang main politik wang… jangan cakap banyak, pergi tangkap, cakap apa? Dah ada kuasa pergi tangkap.
“Kita (PN) mana ada duit nak main politik wang… yang tersohor di serantau dunia main politik wang ini UMNO dan Barisan Nasional (BN). PN tak ada, bukan barulah tahun 70-an 80-an dah mula sampai sekarang ini tidak payah palit nama dia (Zahid) dekat orang,” kata Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Perbadanan Mampu Milik Darul Aman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darul Aman 3.0, di sini, pada Khamis.
Muhammad Sanusi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa politik wang didakwa menjadi faktor utama 'tsunami politik' yang mengakibatkan kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), apabila gabungan itu hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen.
Ahmad Zahid dilaporkan mendakwa, 'kuasa beli luar biasa' daripada parti lawan menyebabkan pengundi berubah sikap dan gagal menilai prestasi politik khidmat yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa, politik wang dalam kalangan pimpinan UMNO bukan lah perkara baru malah ia sudah berlaku sejak tahun 70-an dan 80-an sehingga sekarang.
Sementara itu, mengulas dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa Menteri Besar itu tidak membawa sebarang pembaharuan mahupun perkara yang hebat sepanjang mentadbir negeri Kedah, beliau mengakui, hanya ‘makan dan tidur’ serta tidak berbuat apa-apa.
“Memang saya ‘makan tidurlah’. Betul-betul saya setuju dengan dia (Mahdzir). Itu saya jawab sinis. Habaq (beritahu) dia betul-betul hat (yang) dia kata itu. Saya ‘makan tidur’ saja,” tegas Muhammad Sanusi dalam nada menyindir.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 12 2023

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap semua ahli politik di negara ini yang mengamalkan politik wang. - Gambar Astro AWANI

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

PN lantik Sanusi Ketua Pengarah Pilihan Raya - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya gabungan itu.

Kerajaan Persekutuan diharap jadi orang tengah Isu air Kedah-Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan diharap dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah berkaitan tuntutan bayaran bekalan air membabitkan Kedah dan Pulau Pinang.

MB Kedah nafi berniat jahat, fitnah Anwar ketika kempen PRU15
Muhammad Sanusi menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya 'Jelajah PN Best Tambun' tahun lepas.

Projek KXP: Hasrat saya untuk jumpa PM Anwar tidak pernah padam- Sanusi
Sanusi berkata, ruang pertemuan itu amat penting memandangkan Kerajaan Pusat perlu diberikan taklimat secara terperinci berhubung segala apa yang diusahakan kerajaan Negeri Kedah.

DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti
DUN Kedah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Pembangunan projek Bandar Saujana Putra dijangka sedia 20,000 peluang pekerjaan
Projek yang dijangka mengambil masa selama 10 tahun keseluruhannya untuk disiapkan itu menawarkan 230 lot industri dan 40 lot komersial.

Fatwa politik: Dakwa persenda Islam, Mahfuz gesa Sanusi letak jawatan
Mahfuz menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletakkan jawatan susulan kenyataan yang dilihat mempersendakan agama Islam.

'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

"Memang benar Pulau Pinang dipajak" - Sanusi tempelak RSN Rayer
MB Kedah sifatkan pemimpin DAP dari Pulau Pinang, RS Rayer sebagai 'buta sejarah'.

PRN: Mahfuz paling sesuai bertanding di kubu DAP - Sanusi
Ini kerana, Mahfuz, kata Muhammad Sanusi, disokong pengundi Cina dan ditolak majoriti pengundi Melayu pada PRU15.