awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saranan Pemuda UMNO akan dibawa ke Majlis Tertinggi - Zambry

Bernama
Bernama
04/01/2026
07:30 MYT
Saranan Pemuda UMNO akan dibawa ke Majlis Tertinggi - Zambry
Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam antara lain bertujuan membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
MANJUNG: Sebarang saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO termasuk berhubung kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan, akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menyatakan bahawa sebarang saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO.
  • Pandangan yang disuarakan oleh sayap parti dalam konvensyen adalah hak mereka, namun keputusan berkaitan hala tuju UMNO akan dibuat melalui struktur parti yang telah ditetapkan.
  • Proses membuat keputusan dalam UMNO dilaksanakan secara kolektif dan matang sejajar dengan amalan serta tradisi parti tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata pandangan yang disuarakan sayap parti itu dalam konvensyen yang berlangsung semalam adalah hak mereka, namun sebarang keputusan berkaitan hala tuju UMNO dibuat melalui struktur parti yang telah ditetapkan.
"Itu pandangan Pemuda, seperti mana yang disebutkan Ketua Pemuda (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh) semalam, apa pun sebarang pandangan itu akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi.
"Jadi beliau tahu bahawa apa pun desakan dan langkah-langkah ataupun syor yang dibuat oleh mereka akan serahkan kepada pihak lebih tinggi, iaitu di peringkat Majlis Tertinggi UMNO," katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan bantuan kepada 1,350 pelajar di bawah program Back to School di sini hari ini.
Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata proses membuat keputusan dalam parti dilaksanakan secara kolektif dan matang selaras dengan amalan serta tradisi UMNO.
Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam antara lain bertujuan membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO? A: Tindakan tersebut akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
  • Q: Apakah objektif utama Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang diadakan baru-baru ini? A: Objektif utama konvensyen tersebut adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Dr Akmal Saleh
#UMNO keluar kerajaan
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan