POLITIK

Saranan Pemuda UMNO akan dibawa ke Majlis Tertinggi - Zambry

Bernama 04/01/2026 | 07:30 MYT
Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam antara lain bertujuan membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
MANJUNG: Sebarang saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO termasuk berhubung kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan, akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir.


Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menyatakan bahawa sebarang saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO.
  • Pandangan yang disuarakan oleh sayap parti dalam konvensyen adalah hak mereka, namun keputusan berkaitan hala tuju UMNO akan dibuat melalui struktur parti yang telah ditetapkan.
  • Proses membuat keputusan dalam UMNO dilaksanakan secara kolektif dan matang sejajar dengan amalan serta tradisi parti tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau berkata pandangan yang disuarakan sayap parti itu dalam konvensyen yang berlangsung semalam adalah hak mereka, namun sebarang keputusan berkaitan hala tuju UMNO dibuat melalui struktur parti yang telah ditetapkan.

"Itu pandangan Pemuda, seperti mana yang disebutkan Ketua Pemuda (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh) semalam, apa pun sebarang pandangan itu akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi.

"Jadi beliau tahu bahawa apa pun desakan dan langkah-langkah ataupun syor yang dibuat oleh mereka akan serahkan kepada pihak lebih tinggi, iaitu di peringkat Majlis Tertinggi UMNO," katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan bantuan kepada 1,350 pelajar di bawah program Back to School di sini hari ini.

Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata proses membuat keputusan dalam parti dilaksanakan secara kolektif dan matang selaras dengan amalan serta tradisi UMNO.

Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam antara lain bertujuan membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap saranan atau gesaan yang dibuat pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO?
    A: Tindakan tersebut akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Tertinggi UMNO, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
  • Q: Apakah objektif utama Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang diadakan baru-baru ini?
    A: Objektif utama konvensyen tersebut adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA.



#Pemuda UMNO #Dr Akmal Saleh #UMNO keluar kerajaan #Kerajaan Perpaduan