awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua

Bernama
Bernama
22/06/2024
08:45 MYT
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan (kanan) muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti kali ini.
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul 1 tengah hari ini.
"Oleh sebab beliau mendapat sokongan majoriti dari parti kita, Datuk Seri M Saravanan sekali lagi menjadi Timbalan Presiden MIC," katanya kepada media di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Hari ini diadakan penamaan calon bagi jawatan tertinggi parti melibatkan jawatan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, 21 Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Majlis Tertinggi peringkat negeri yang berlangsung dari 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Pada Mac lepas, Vigneswaran telah diumumkan kekal sebagai Presiden MIC apabila menang tanpa bertanding sewaktu penamaan calon jawatan itu.
Empat calon bertanding jawatan naib presiden iaitu tiga penyandang terdiri daripada Datuk T. Mohan, Datuk T. Murugiah dan Datuk M. Asojan selain Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MIC Datuk Dr R. Nelson.
Sementara itu, 45 calon akan merebut 21 jawatan CWC pada pemilihan kali ini.
Pengundian untuk pemilihan semua jawatan yang dipertandingkan bagi penggal 2024-2027 akan diadakan pada 6 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan MIC
#M Saravanan
#Timbalan Presiden MIC
#menang tanpa bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan