KUALA LUMPUR :Tindakan keluar parti 200 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) Ngemah, Sibu baru-baru ini bagaikan satu ‘tamparan’ buat parti baharu itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menurut penganalisis politik itu, ia mungkin disifatkan sebagai ‘mainan politik’ oleh sesetengah pihak menjelang PRN, namun tindakan ahli PSB untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) jelas memberi mesej bahawa perlunya penelitian di peringkat akar umbi.
“Kalau kita lihat tindakan yang dilakukan ahli-ahli PSB yang menyertai PRS, saya kira itu salah satu mainan politik semasa, sama ada sebelum PRN ataupun Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku.
“Biasanya ini adalah ciri-ciri bahawa PRN akan diadakan tidak lama lagi.
“Dalam konteks ini, apabila ramai ahli-ahli PSB yang keluar parti, ini menunjukkan terdapat cabaran besar yang perlu PSB hadapi,” katanya ketika dihubungi wartawan Astro AWANI.
BACA: Hilang keyakinan kepada pemimpin, lebih 200 ahli PSB keluar parti
Antara mesej lain ujar Awang Pawi, parti PSB yang dipimpin oleh Datuk Seri Wong Soon Koh itu membuktikan sokongan terhadap parti tersebut belum utuh dan mungkin tidak diterjemah dalam bentuk undi.
“Maknanya, jumlah sokongan yang mereka terima sebelum ini belum tentu memberikan sokongan penuh buat mereka,” tambahnya.
Perkara ini seterusnya menjurus kepada pemahaman lebih mendalam kalangan ahli, adakah terdapat masalah di peringkat akar umbi atau cabaran dihadapi ketika bernaung di bawah PSB, ujarnya.
“Ini merupakan satu permulaan dalam gerakan politik sebelum PRN dan cabaran PSB ialah untuk memberikan naratif yang betul untuk mendapatkan kembali atau meningkatkan sokongan dengan menggunakan isu-isu yang mampu menarik pengundi setempat,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian mengulas kepada tindakan 200 ahli PSB Ngemah, Sibu yang bertindak untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dipimpin oleh Presiden, Tan Sri James Jemut Masing.
BACA: Suara ahli pun tidak dilayan, bagaimana PSB mahu bantu rakyat - James Masing
Tindakan tersebut dikatakan berpunca daripada hilang keyakinan oleh ahli parti terhadap PSB yang dilihat tidak mendukung kebebasan bersuara. Ini termasuk mengkritik kelemahan parti itu sendiri.
Nickyson Nyambar
Wed Oct 21 2020

Awang Azman menyifatkan sudah tiba masanya untuk Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dipimpin Datuk Seri Wong Soon Koh mendalami 'denyut nadi' ahli partinya sendiri. -Gambar Astro AWANI

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil.

294 majikan di Kedah dikesan gagal sediakan penginapan sesuai kepada pekerja
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.

Vaksin COVID-19 jalan terbaik rancak ekonomi
Dengan adanya vaksin, kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan PKP, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi, kata Datuk Dr Madeline Berma.

KKR belum berhasrat jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Fokus kerajaan ketika ini adalah terhadap proses pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat dan warga asing dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.

MOTAC adakan perbincangan lanjut berkaitan cadangan perluas gelembung perjalanan
Antara lima negara yang dicadangkan ialah Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Jepun.

Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka kembali positif tahun ini
Ekonomi Malaysia bakal menunjukkan prospek yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang berdasarkan prestasi Indeks Pelopor (IP) yang mencatatkan 108.8 mata pada Disember 2020.

Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.

Sarawak Memilih: PSB dan DAP beri bayangan bakal bekerjasama
PSB dan DAP berkemungkinan akan membentuk satu kerjasama untuk berdepan GPS dalam PRN Sarawak yang akan datang.

PRU dan PRN serentak? Cadangan yang baik - Abdul Karim
Penganjuran pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak secara serentak akan mampu menjimatkan kos.

Sarawak Memilih: Kesihatan rakyat lebih penting dari tarikh pilihan raya - Abang Johari
Walaupun PRN Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa sekarang ini, namun kesihatan rakyat perlu dipertimbangkan.

Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing
Dengan kerjasama setiap komponen dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), kejayaan itu tidak mustahil untuk dicapai.

Jadikan kejayaan beberapa negara model laksana PRN Sarawak - Dr Jeniri
Jelas Dr Jeniri Amir, PRN-12 Sarawak tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh dilaksanakan secara selamat dengan mengaplikasi kaedah yang digunakan beberapa negara.

Sarawak Memilih: Abang Johari masih pertimbang tarikh PRN, ambil kira situasi COVID-19
Abang Johari menjelaskan beliau memutuskan bila tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

PRN Sarawak: Kaji kejayaan pilihan raya Singapura, Korea Selatan ketika COVID-19
Sarawak perlu mengkaji kejayaan negara luar seperti Singapura dan Korea Selatan dalam keadaan negeri ini mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 ketika pandamik COVID-19.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Mohon permit untuk kerja, berkempen pada PRN Sarawak relevan - Dr Arnold Puyok
Penganalisis Politik, Dr Arnold Puyok berpendapat permohonan permit kerja bagi kebenaran untuk bukan anak Sarawak berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah relevan.