awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya akan teruskan perjuangan suami' - Mastura

Bernama
Bernama
05/06/2016
23:53 MYT
'Saya akan teruskan perjuangan suami' - Mastura
MASTURA: Saya adalah orang Kuala Kangsar, saya sudah berada di sini sejak 27 tahun lepas. -fotoBERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau akan meneruskan perjuangan suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi membela penduduk Kuala Kangsar, selain meneruskan agenda pembangunan yang dirancang sebelum ini.
Sekalipun ditohmah dengan pelbagai fitnah dalam laman sosial kerana menjadi calon BN sedangkan masih dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya, Mastura yakin pengundi kawasan itu bijak menilai dirinya.
"Saya adalah orang Kuala Kangsar, saya sudah berada di sini sejak 27 tahun lepas," katanya dalam sidang berita pertamanya selepas dicalonkan mewakili BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Sidang berita itu diadakan di kediaman Mastura di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman.
Pada proses penamaan calon hari ini, Mastura tidak menghadiri sebaliknya beliau diwakili Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin yang menyerahkan borang pencalonan tepat pada 9.01 pagi.
Dalam sidang akhbar itu, Mastura, 55, menegaskan bahawa beliau tidak dipaksa mana-mana pihak untuk menjadi calon BN pada PRK itu.
Sebaliknya, beliau berkata pemilihannya sebagai calon BN merupakan satu penghormatan buat dirinya dan berjanji akan meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham suaminya itu.
"Saya mempunyai keyakinan dengan kepimpinan parti, sebab itu mereka memilih saya kerana berpendapat khidmat baik arwah perlu diteruskan oleh seseorang yang tahu bahawa ia harus dilakukan dengan betul.
"Saya fikir kepimpinan parti memahaminya dan sensitif dengan perasaan penduduk Kuala Kangsar," katanya.
Beliau juga yakin semua jentera BN akan membantunya mempertahankan kerusi Parlimen itu.
Mastura berkata sekiranya dipilih menjadi Anggota Parlimen, beliau mahu memberi lebih tumpuan kepada isu-isu tempatan dan meneruskan agenda pembangunan yang dirancang suaminya.
"Arwah merupakan seorang yang sukakan sungai dan air, perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi membangunkan persisiran Sungai Perak di tahap antarabangsa sedang dilakukan," katanya.
Mastura ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mewakili PAS, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.
Topic Berkaitan
#calon Barisan Nasional
#Mastura Mohd Yazid
#PRK Kuala Kangsar
#Wan Mohammad Khair-il Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan