Saya cabar Azmin Ali berdebat pasal ekonomi Malaysia... kalau dia berani - Rafizi

Astro Awani
Julai 25, 2023 17:13 MYT
Rafizi (kiri) mencabar Azmin Ali untuk berdebat mengenai ekonomi Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat tentang ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.
"Kalau mereka ada rancangan, saya panggil Azmin Ali.
"Kalau Azmin Ali (iaitu) bekas menteri ekonomi Perikatan Nasional dia merasakan rekod dia lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan saya cabar Azmin Ali berdebat dengan saya pasal ekonomi Malaysia... kalau dia berani la," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah Jelajah Madani malam Selasa.

Saya cabar @AzminAli berdebat dengan saya pasal ekonomi Malaysia. - @rafiziramli pic.twitter.com/mJihvejqY1

— Farhan (@lamkanahraf) July 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azmin Ali #Rafizi cabar Azmin #Debat Rafizi Azmin #ekonomi malaysia