Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP dicabar untuk membawa satu usul untuk membuang Bersatu dari komponen Pakatan Harapan (PH) di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu dipercayai masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan masih terbawa-bawa sifat sebenar DAP iaitu rasis dalam mengeluarkan kenyataan.
"Kenyataan Ronnie sangat keterlaluan dan sudah melampaui batas yang mana perkara ini boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH.
"Tindakan mempersoalkan kredibiliti Dr Mahathir adalah suatu perkara yang biadab dan sangat sombong apabila menyatakan pendirian bahawa PH mampu membentuk kerajaan tanpa parti Bersatu," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Ronnie menerusi laporan sebuah portal berita tempatan hari ini mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.
Selain itu, Ronnie turut mendakwa Dr Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.
Dalam pada itu, Shaid menegaskan bersedia untuk keluar daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie tidak menghormati kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.
"Ini adalah tindakan protes saya kepada DAP yang saya lihat semakin hari semakin kuat bermuka-muka dan rasis.
"Tindakan ini adalah untuk membuktikan bahawa Dr Mahathir masih relevan sebagai Perdana Menteri dan ketika ini rakyat masih memerlukan beliau untuk memulihkan negara.
"Saya yakin dan percaya bahawa Dr Mahathir mampu membina satu kerajaan baharu tanpa DAP sekali gus memadamkan keegoan DAP dengan membentuk gabungan kerajaan Melayu Islam yang baharu," katanya.
Ronnie dalam pada itu turut mempersoalkan pendirian Dr Mahathir yang menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu selain kegagalan Perdana Menteri itu menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Astro Awani
Tue Oct 22 2019

Shaid menegaskan, bersedia untuk keluar daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH. - Gambar fail

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.

ADUN Jeram umum keluar Bersatu
Mohd Shaid berkata, beliau akan melepaskan semua jawatan dalam parti untuk menjadi ADUN bebas.

ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang
Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kenyataan Mohd Shaid itu membuktikan PH tidak sehaluan dalam banyak perkara.

'Saya cabar DAP buang Bersatu dari PH' - ADUN Jeram
Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP dicabar untuk membawa usul menyingkir Bersatu dari komponen Pakatan Harapan di mesyuarat akan datang

Selangor dicadang tanam ganja untuk perubatan - ADUN Jeram
Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.

ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.