awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya nak tanya, siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator? - Salleh Said Keruak

Bernama
Bernama
18/01/2018
03:46 MYT
Saya nak tanya, siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator? - Salleh Said Keruak
Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang. - Gambar fail/Shahir Omar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.
Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk 'The Dictator' yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
"Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, "jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar."
"Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah" adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan," kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.
Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.
"...atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?" tanya Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#blog
#diktator
#label
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan