awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya serah kepada Jawatankuasa Bahagian UMNO untuk tentu pengganti - Nazri Aziz

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/09/2021
08:30 MYT
Saya serah kepada Jawatankuasa Bahagian UMNO untuk tentu pengganti - Nazri Aziz
Nazri menyerahkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Rengas untuk menamakan calon penggantinya. - Gambar fail
KUALA KANGSAR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak akan menamakan calon pilihan untuk menggantikan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Rengas untuk menamakan calon penggantinya.
Menurutnya, soal calon itu juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian berkenaan tahun lalu.
“Selaku Ketua Bahagian, saya tidak ada calon pilihan, saya tidak mahu buat keputusan sendiri kerana akan menunjukkan saya ada ‘favouritism’ saya ada pilihan, saya tak mahu.
“Maka oleh kerana itu saya serahkan kepada Jawatankuasa Bahagian untuk mereka memutus dan saya dengan timbalan saya (ADUN Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor) dalam mesyuarat jawatankuasa itu telah jelas menyatakan iaitu bahawa kami berdua tidak mahu ditawarkan sebagai calon dalam PRU15,” katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan UMNO di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau, di sini, hari ini.
BACA: Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda
Pada 28 Ogos lalu, Nazri mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam PRU15.
Beliau menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.
Topic Berkaitan
#Nazri Aziz
#UMNO
#Ahli Parlimen Padang Rengas
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan