Skip to main content

Politik

'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat

Ramanan hadir pada majlis Program MADANI Kita 2026 di Sungai Buloh pada Sabtu. - Foto FB
Ramanan hadir pada majlis Program MADANI Kita 2026 di Sungai Buloh pada Sabtu. - Foto FB

Advertisement

Ringkasan AI

  • Datuk Seri R Ramanan menyatakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh selesa berdasarkan sokongan penduduk setempat.
  • Beliau komited untuk terus memperbaiki prestasi dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program bersama masyarakat.
  • Antara isu yang dibangkitkan penduduk ialah masalah longkang yang belum diselesaikan sejak 2015 dan Ramanan berjanji mencari penyelesaian segera.

SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan kedudukannya di kawasan itu sebagai ‘selesa’ berdasarkan sokongan yang diterima daripada penduduk setempat.

Menurutnya, beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan akan terus berusaha memperbaiki prestasi demi memenuhi harapan penduduk.

“Bagi saya, saya sudah melakukan yang terbaik yang boleh. Saya masih melakukan yang terbaik yang boleh dan akan terus melakukannya dengan lebih baik jika mungkin,” katanya kepada pemberita pada majlis Program MADANI Kita 2026 di sini pada Sabtu.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia itu berkata, sambutan menggalakkan terhadap program bersama masyarakat, termasuk kehadiran kira-kira 1,000 peserta, memberikan gambaran positif mengenai penerimaan penduduk terhadap usaha yang dilaksanakan.

“Kalau kita lihat apa yang berlaku di hadapan kita hari ini dan apa yang saya lihat, saya rasa ini adalah perjalanan yang sangat selesa berdasarkan sokongan yang saya terima daripada penduduk di sini,” katanya.

Ramanan berkata, program berkenaan diadakan secara terbuka tanpa memilih peserta atau menetapkan soalan tertentu, bagi memberi peluang kepada penduduk menyuarakan pandangan dan membangkitkan isu yang dihadapi mereka.

Beliau berkata, beberapa penduduk turut membangkitkan isu setempat, termasuk masalah longkang yang didakwa belum diselesaikan sejak 2015.

“Kita akan mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement