Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar

Afiq Ariffin
Jun 18, 2019 15:51 MYT
Anwar (kiri) berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan Farhash Wafa (kanan) berhubung kedudukan Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.
Sebaliknya, Presiden PKR itu menggesa kepimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dalam mengendalikan isu tersebut.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Farhash Wafa berkenaan isu video serta kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden Keadilan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
BACA: PKR enggan layan desakan, tuduhan - Saifuddin
BACA: Video seks: Bibit perpecahan dalam PKR - Khairuddin
Sehubungan itu, Anwar meminta semua pihak dalam parti itu agar menyerahkan segala tugas siasatan kepada pihak berkuasa.
“Sekali lagi saya menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambahnya.
BACA: Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin
BACA: Cadangan Senator DAP tidak bertanggungjawab - Pengerusi PKR Perak
Anwar mengeluarkan kenyataan demikian sebagai kenyataan balas kepada Farhash Wafa yang juga Pengerusi PKR Perak.
Sebelum ini, Farhash Wafa menurut laporan theSun, meminta Azmin meletak jawatan sekiranya didapati bersalah berhubung video intim yang tular, baru-baru ini.
#ahli parti #Anwar Ibrahim #Farhash Wafa #letak jawatan #Mohamed Azmin Ali #polis #saluran betul #siasatan #video #video intim