awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak tahu nak kata apa" - Mahathir dakwa Muhyiddin minta sokongan untuk kembali jadi PM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
01/04/2022
04:34 MYT
"Saya tak tahu nak kata apa" - Mahathir dakwa Muhyiddin minta sokongan untuk kembali jadi PM
Dr Mahathir membayangkan beliau tidak bersetuju dengan hasrat Muhyiddin itu namun menjelaskan Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya untuk kembali menjadi perdana menteri.
Bercakap dalam satu sidang media, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongan dari pihak yang pernah dikhianati sebelum ini.
Beliau diminta mengesahkan laporan bahawa Muhyiddin ada bertemunya baru-baru ini bagi membincangkan kerjasama parti pembangkang.
"Dia (Muhyiddin) minta saya sokong dia dalam usaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Tun Mahathir dakwa Muhyiddin minta sokongan untuk kembali jadi PM
Dr Mahathir turut ditanya bagaimana Pejuang dapat membantu Muhyiddin memandangkan parti itu tidak memegang banyak kerusi Parlimen.
"Saya tak tahu tapi dia minta saya sokong. Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya," katanya lagi.
BACA: Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15
Dr Mahathir membayangkan beliau tidak bersetuju dengan hasrat Muhyiddin itu namun menjelaskan Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
"Saya tak tahu nak kata apa kepada Muhyiddin.
"Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi," katanya.
Tedapat laporan mengatakan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam usaha untuk mengadakan kerjasama parti-parti pembangkang bagi melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#kerjasama
#perbincangan
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan