Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak tahu wujudnya amalan wang politik dalam PKR seperti mana didakwa Naib Presiden parti, Rafizi Ramli.
Beliau berkata jika betul dakwaan mengenai amalan wang politik dalam parti berlaku, maka Rafizi harus mengemukakan bukti
“Mana saya tahu, tanya Rafizi... mana saya tahu apa yang dia cakap.
“Saya tak dengar pun. Kalau betul ada, minta tunjuk bukti. Kalau tahap ini, tak guna bercakap... tunjuk bukti,” kata Ketua Wanita PKR kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, PKR akan siasat dakwaan Rafizi berhubung politik wang yang berlaku dalam parti.
BACA: PKR akan siasat dakwaan politik wang
BACA: Politik wang semakin membimbangkan - Rafizi
Terdahulu, Rafizi mendakwa politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR dan menyeru anggota parti menolak calon-calon mengamalkan budaya tersebut.
Zuraida, ketika ditanya adakah beliau akan membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat biro politik PKR malam ini, jawab beliau, "ia bergantung".
Selain itu, beliau juga mengulas mengenai perjalanan pemilihan parti PKR yang menimbulkan kontroversi kerana menggunakan sistem e-voting.
Katanya, beliau berpuas hati dan melihat ada pembaikkan memulihkan masalah tersebut.
Zuraida yang bertanding sebagai calon naib presiden yakin bahawa beliau akan memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan PKR.
Diyana Ibrahim
Tue Oct 16 2018
ZURAIDA: Mana saya tahu, tanya Rafizi... mana saya tahu apa yang dia cakap. - Foto BERNAMA
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Permohonan Salleh Said Keruak belum diputuskan PKR - Anwar
Biro politik PKR perlu mendapatkan pandangan pimpinan di peringkat cabang dan negeri Sabah mengenai hasrat bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu
Pengerusi PKR Perak dakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang sertai PKR
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas lebih setahun meninggalkan UMNO.
18 Oktober penentu permohonan Salleh Said Keruak ke PKR
Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini.
PKR belum lulus penyertaan Salleh Said Keruak
PKR masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu.
Tiada masalah terima permohonan Salleh Said Keruak - Farhash Wafa
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak percaya tiada masalah untuk parti itu menerima permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Zakir Naik sepatutnya berterima kasih, bukannya bagi masalah - Anwar
Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan cara dan tindakan Zakir mencerca kaum tertentu di negara ini.
Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah
Biro Politik PKR menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi cabang Julau di Sarawak, dan cabang Pensiangan serta Tawau di Sabah, kata Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil.
PKR pecat 10 ahli kerana langgar peraturan semasa PRU14
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat 12 orang ahlinya, selain menggantung 27 lagi anggotanya kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.